Pendaftaran Ahli Baru Khairat Kematian Masjid Darul Ehsan Subang Jaya

    Ketua keluarga warga SS12, SS13, SS14, SS15, SS16, SS17, SS18 dan Wangsa Baiduri, Subang Jaya dan kawasan sekitarnya adalah dijemput untuk mendaftar sebagai Ahli Khairat Kematian Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya. Klik untuk faedah menjadi ahli khairat kematian

    Keahlian khairat Kematian Masjid Darul Ehsan Subang Jaya terdiri dari dua kategori:

    1) Keahlian seumur hidup: Untuk keahlian jenis ini ahli hanya perlu membayar sekali sahaja yuran seumur hidup sebanyak RM 500.00 dan yuran pendaftaran sebanyak RM 20.00. Jumlah keseluruhan RM 520.00

    2) Keahlian sementara / tahunan: Untuk keahlian jenis ini ahli perlu memperbaharui keahlian setiap tahun sebelum tamat tempoh. Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM 20.00 setahun dan yuran pendaftaran sebanyak RM 20.00 (sekali sahaja). Jumlah keseluruhan bagi tahun pertama RM 40.00.

    Langkah pendaftaran seperti berikut:



    Sila buat pembayaran bagi mengaktifkan keahlian
    © WanRuzali